Oleh DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
PELANCARAN sebuah lagi institusi perbankan Islam antarabangsa, Bank Ar-Rajhi
awal minggu ini cukup menggambarkan keseriusan kerajaan menjadikan
Ada orang bertanya kepada penulis apakah kehadiran bank-bank Islam antarabangsa seperti Ar- Rajhi, Kuwait Finance House (KFH) dan Asian Islamic Bank akan memberi kesan negatif kepada institusi perbankan Islam tempatan sedia ada?
Apakah dengan beroperasinya bank-bank Islam berstatus gergasi ini akan menandakan masa depan yang kelam bagi bank-bank Islam tempatan?
Sesungguhnya penyertaan institusi perbankan Islam ini seharusnya ditanggapi secara positif. Dari sudut ekonomi, kehadiran bank-bank Islam terbesar dunia seperti Ar-Rajhi dan KFH pastilah akan meluaskan lagi pasaran kewangan Islam negara.
Persaingan secara sihat mampu merangsang bank-bank Islam agar lebih inovatif dan berdaya maju bukan sahaja dalam mempelbagaikan produk kewangan menepati syarak bahkan memastikan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap dapat diberikan.
Selain itu keterlibatan bank-bank Islam gergasi dalam pasaran kewangan Islam
Penyertaan itu juga diharapkan mampu menjadi pencetus kepada usaha jangka panjang dan wahana pembuka jalan bagi mempertingkatkan kerjasama perdagangan dan jalinan ekonomi yang lebih mantap sesama negara Islam.
Memang pelabur-pelabur dari negara Islam Asia Barat amat dikenali sebagai
antara kelompok pelabur yang paling banyak melabur di luar negara. Dalam satu
laporan oleh sebuah firma konsultan antarabangsa Merril Lynch/Gemini pada 2001,
anggaran dana milik individu warga Arab Saudi, UAE,
Dilabur
Malangnya, dana ini kebanyakannya dilabur di negara-negara bukan Islam terutamanya Amerika Syarikat (AS). Namun peristiwa 11 September merobah segala-galanya. Sikap prejudis dan layanan buruk AS dan sekutunya terhadap umat Islam sedikit sebanyak mencetuskan kesedaran baru di kalangan umat agar tidak terlalu bergantung kepada Barat dalam aspek ekonomi dan pelaburan.
Umpamanya, selepas peristiwa 11 September itu banyak dana umat Islam tidak
kira milik syarikat kewangan komersial seperti Dallah Al-Barakah, Bank Taqwa (
Di sinilah pentingnya umat
menjadikan al-Quran sebagai pedoman: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu meletakkan kepercayaan kepada orang-orang di luar kalanganmu kerana mereka
tidak akan berhenti menimbulkan kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang
menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang
disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh kami telah
terangkan kepadamu ayat-ayat Kami jika kamu memahaminya (al-Maidah: 118).
Fenomena diskriminasi dan layanan
buruk terhadap umat Islam mendorong pelabur-pelabur Islam mulai mencari tapak
baru pelaburan dana-dana mereka. Menyedari peluang inilah institusi-institusi
perbankan dan kewangan antarabangsa seperti HSBC, Deutsche Bank, ABM Amro,
Citibank Group dan Merrill Lynch memperkenalkan produk-produk kewangan Islam.
Lebih ironi lagi Singapura turut
mengisytiharkan impian mereka menjadi hab kewangan Islam antarabangsa. Hatta
negara Israel yang dimaklumi kekejaman mereka terhadap umat Islam pun mulai
bernafsu terhadap sistem kewangan Islam.
Tidak sukar untuk menelah sikap
dan reaksi luar biasa negara dan institusi-institusi kewangan barat terhadap
konsep kewangan Islam. Keterlibatan mereka hanyalah kerana dorongan komersial
yang bermatlamatkan keuntungan. Keterlibatan mereka bukanlah kerana keyakinan
terhadap konsep muamalah. Jauh sekali untuk mengharapkan mereka berpegang
kepada prinsip-prinsip syarak dalam perniagaan.
Justeru sebarang usaha kerajaan
dalam menggalakkan perkembangan sektor kewangan Islam tanah air haruslah
didukung dan disokong oleh umat Islam. Malangnya ketika ini hanya sekitar 11
peratus warga Malaysia memanfaatkan sistem perbankan Islam (lihat Laporan Bank
Negara 2005). Jika keadaan ini berterusan pastilah cita-cita besar menjadikan
Malaysia peneraju hab kewangan Islam antarabangsa hanya tinggal impian.
Akhirnya umat akan terus bergelumang dengan elemen-elemen haram seperti riba
yang diharam keras oleh Allah dan Rasul-Nya.
Sumber: Utusan
Malaysia-11.2.2007
Dipetik oleh: GlobalPro Training & Development Sdn Bhd